I-REKA 2015 merupakan
pertandingan rekacipta dan inovasi yang diurusetiakan Urusetia Rekacipta dan
Inovasi (UREKA) dengan kerjasama Pusat
Pengurusan Penyelidikan (PPP), Fakulti-Fakulti, Pusat Pengajian Teras (PPT),
dan juga Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sebagai kesinambungan bagi Program
Rekacipta dan Inovasi islam USIM 2014 (I-REKA’14) yang dahulunya dikenali
Pertandingan Inovasi Pelajar USIM (SIC).
I-REKA 2015 yang
dahulunya dikenali sebagai Students Innovation Competition (SIC) ini telah
dimulakan pada tahun 2011 dengan sokongan dana daripada pihak pengurusan USIM, PPP,
Fakulti-Fakulti, dan juga PPS kerana melibatkan penyertaan daripada pelajar
siswazah.
Pertandingan ini
bertujuan untuk mengenengahkan produk islam yang inovatif dari kalangan
mahasiswa usim. I-REKA 2015 ini akan memberi peluang kepada para mahasiswa
untuk mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai bidang. Melalui pendedahan
seperti ini mahasiswa dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi semasa belajar di universiti untuk mencipta inovasi demi pembangunan
ummah.